Judul : Imam Syafie Album : Peribadi Contoh Munsyid : Mawaddah http://liriknasyid.com Marilah kita cuba contohi perjuangan hidup Imam Syafie Berbekal keimanan dia mengembara mencari ilmu merata dunia Belajar dengan ramai ulama yang bertaqwa dan berilmu tinggi Umur 7 tahun hafal Al-Quran 10 tahun menghafal kitab besar Ingatannya tajam kerana menjaga diri dari dosa dan makanan haram Hatinya ditempa makanan halal mudah menerima kebenaran Ia pencinta Tuhan hingga diberi ilmu dan hikmah Membaharu agama dizamannya Pemimpin yang adil dan berani Ilmunya banyak jadi panduan Hinggalah dia diberi gelaran Imam musytahid sangat cemerlang Padahal dia hanya seorang anak yatim yang dibesarkan ibu yang miskin dan hidup merata-rata Miskin dan penderitaan telah membuatkan hatinya berjiwa besar Hanya pada Allah dia bergantung dari Allah dia mendapat pembelaan Dia contoh untuk ikutan pembela ilmu yang bermodalkan iman dan taqwa kepada Tuhan Moga kita Tuhan berikan iman dan ilmu sebagai panduan membina hidup yang lebih gemilang Wahai generasi muda mari membina insaniah kita Bangunkan tamadun ilmu jauhi maksiat dan dosa Marilah kita guna akal yang tinggi Jiwa kuat dan nafsu terkendali Semoga kita dapat ulangi sejarah hidup Imam Syafie ----------------------------------------------- Dapatkan lirik/chord nasyid di http://liriknasyid.com -----------------------------------------------