Insan Sama Sahaja

Situs: liriknasyid.com
Album: Ke Destinasi Baru
Munsyid: Bangsar Boyz
Hakikatnya kita sama sahaja
Tiada berbeza
Di antara kita sesama kita
Tiada lagi jurang yang nyata
Tinggi nilai kita di sisi Allah
Hanyalah taqwa

Ada rasa bersama serta bekerjasama
Tanpa beza yang nyata kita sama sahaja

Silaturrahim yang kita jalinkan sekian lama
Di bawah satu arah perjuangan
Yang berasaskan keyakinan

Tanpa mengira darjat dan nama lapisan usia
Melangkaui batas miskin dan kaya
Kita berjuang bersama

Kemesraan akrab di hati (2X)
Teguh dan hakiki

Beriring berganding tangan
Satu hala perjuangan
Ke arah keselarasan
Dalam setiap tindakan

Solo : Idzhar Jumali
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   5054 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Selamat Berpisah Cold Version The Love Of God 5 Cinta Kembali Kepada Agama Cintai Bumi Kita