Kuserah Cinta Ini

Situs: liriknasyid.com
Album: Kembalilah Kasih
Munsyid: Suara Hati
Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu
dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Telah kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mahu akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan kuserah jiwa ini
Sepenuh hati dalam perjuangan
Aku adalah aku yang berjuang

Lagu: Isman Nadim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   4510 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kembalilah Kasih Lambaian Kasih Pertemuan Bukan Milik Kita Dari Suara Hati Bebunga Mekar Itulah