Bebunga Mekar Itulah

Situs: liriknasyid.com
Album: Kembalilah Kasih
Munsyid: Suara Hati
Dan bebunga mekar itulah
Yang akan tumbuh mewangi
Harum semerbak seluruh taman ini

Kebangkitan Islam sudah makin ketara
Amalannya makin pesat di mana-mana
Bermacam cara dalam Islam dibina
Seperti bunga di taman yang indah

Dakwah dan ibadah jadi kegemaran
Fardhu Ain dan Kifayah mula seiring
Arak dan riba makin ditinggalkan
Pergaulan bebas makin dikurangkan

Para munafik dalam keresahan
Mereka bangun menghalang
Seperti manusia yang tak berpedoman
Perosak agama di atas nama agama
Bermacam cara telah dilakukan
Untuk menarik perhatian
Tohmah dan fitnah mainan kata
Forum dan seminar amalan mereka

Kebangkitan Islam pasti tetap mara
Para munafik makin merana
Usaha mereka takkan berjaya
Kehidupan tak ketentuan
Kegelisahan sudah makin ketara
Terserlah dari wajah mereka
Begitulah hukuman di dunia
Di akhirat nanti lebih merana

Lirik: Mohd Nadzrie
Lagu: Mohd Hilmi
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   3620 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kembalilah Kasih Lambaian Kasih Pertemuan Bukan Milik Kita Dari Suara Hati Bahagia Dalam Derita