Tipu Duniawi

Situs: liriknasyid.com
Album: Masih Ada Waktu
Munsyid: Anugerah
Kini taman hangus terbakar
Tiada wangi hilang seri
Kembang dan jambangannya punah
Indah cantiknya musnah

Kumbang terpanggang rentung
dibakar pijar
Tanahnya membahang panas
Buminya tandus

Dulu jambangan ini
menguntum seri
Senyum di tangkai hati
Semerbak harum kembang indah
Taman mengundang tenang
Cantik bunga kumbangpun
datang bertandang

Rupanya seri taman tak kekal
Harumnya sementara indah
Sebentar
Kerana bajanya ringgit permata
Bukan iman dan taqwa

Itulah taman dunia
Taman tipu daya
Taman pura-pura

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   5347 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Usia Jalan Mujahadah Jendela Hati Mata Merancang Kerja