Jalan Mujahadah

Situs: liriknasyid.com
Album: Masih Ada Waktu
Munsyid: Anugerah
Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   5712 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Tipu Duniawi Jendela Hati Mata Merancang Kerja Rintihan Hamba