Bersatu Dalam Rahmat

Situs: liriknasyid.com
Album: Bersatu Dalam Rahmat
Munsyid: Annajhan
Bingkisan salam untuk semua
Doa selamat sesama saudara
Tautan hati dengan ikatan iman
Rahmat Allah semoga berjaya

Tanamkan rasa bersama
Satu matlamat hidup di dunia
Hadapi onak durinya sepanjang jalan
Tabahkan hati menuju bahgia

Lumrah kehidupan penuh pancaroba
manusia perlukan suluh cahaya
Iman yang sejati amalan yang murni
Taqwa demi kurnia Ilahi

Kita suburkan rasa persaudaraan
Bersama di harungi hidup di dunia ini
Bersatu dalam rahmat
Harmoni masyarakat
Dengan teras muafakat
Untuk mendapat untung dunia akhirat

ucapan salam untuk semua
Moga selamat teman dan saudara
Kasih di hati itu tanda beriman
Rahmat Allah untuk selamanya
Pengirim : syed najmuddin
25/01/2013   ambil lirik   3628 klik