Gadis Pemerah Susu

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Mawaddah
Wahai Fatimah gadis pemerah susu
Seorang yang bijak, taatnya pada ibu
Tinggal bersama ibu tercinta
Gembala kambing di sebuah desa

Remaja semua marilah bersama
Kita berhibur mendengar kisahnya
Supaya dia menjadi idola
Menjadi ikutan di setiap masa

Di suatu malam khalifah berjalan
Berhenti langkahnya di sebuah rumah
Pabila terbunyi perbualan
Fatimah berkata dengan ibunya

Sesungguhnya tuhan mengetahui
Setiap perbuatan hamba hambanya
Walaupun khalifah tidak melihat kita
Tapi tuhan sentiasa bersama

Nasihat untuk ibumu
Jangan mencampurkan air
Dengan susu menguatkan imannya

Di sinilah Fatimah menjadi pilihan
Dijodohkan dengan anak khalifah
Taktala lahirlah daripadanya
Umar Abdul Aziz pejuang kebenaran

Fatimah.

Remaja semua marilah bersama
Ambil pengajaran dari kisahnya
Supaya dia menjadi idola
Menjadi ikutan di setiap masa
Pengirim : Muhammad Amirul Akmal
06/12/2012   ambil lirik   4334 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Baiknya Tuhan Rintihanku Nasib Bangsaku Hikmah Tsunami Ujian Penghapusan Dosa