Nabi Adam dan Hawa

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Mawaddah
Padang arafah mencatat peristiwa
Pertemuan pertama Adam dan Hawa
Setelah berpisah 40 tahun
Angkara iblis dan syaitan durjana

Adam dicipta sedari tanah
Hawa pula dari tulang rusuknya
Ditiupkan roh supaya sempurna
Itulah asal kejadian manusia

Adam dan Hawa insan bertaqwa
Hidup bersama di dalam syurga
Segala rahmat Allah memberi
Setiap nikmat Allah di syukuri

Iblis dan syaitan merasa iri
Menggoda Hawa setiap hari
Termakan hawa khuldi larangan
Allah melihat dengan kemurkaan

Adam dan hawa terpisah akhirnya
Hukuman Allah yang tak dapat disangka
Tercampak mereka ke dunia nyata
Menangis keduanya menyesali diri

Padang arafah
Pertemuan adam dan hawa

Beratahun lamanya mereka mencari
Mengharap dan menanti agar berjumpa
Keseorangan Hawa tiada pembela
Adam merintih hatinya sedih

Pintu taubat masih terbuka
Doa mereka dikabulkannya
Bertemu akhirnya adam dan hawa
Di Padang Arafah detik bermula

Pengirim : Muhammad Amirul Akmal
02/12/2012   ambil lirik   39582 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Baiknya Tuhan Rintihanku Nasib Bangsaku Hikmah Tsunami Ujian Penghapusan Dosa