Dunia Akhir Zaman

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Al-Abtol (Pahlawan)
Dunia Akhir Zaman
Rentetan perjuangan baginda,
Kini pudar di telan masa,
Ratusan syahawah,Bertahta beraja,
Andai iman dibelakangi jiwa.

Kemusnahan kehancuran kini, (Ulang)
Kemakrufan entah ke mana,
Mana dia pejuang yang dipuja,
Mana perginya mujahid ternama.

Hayatilah nukilan pada lembaran,
Lakaran yang indah, menepati zaman,
Benarlah janjinya pada coretan,
Dunia akhir zaman.

Keberanian menjangkau batasan,
Hilang sudah peradaban insan,
Bagai di cabar Tuhan (Ar-Rahman),
Sudah luruhkah paduan pedoman.

Terbongkar sudah sahutan panggilan,
Hancur sudah sebongkah impian,
Dimamah ditelan kedurjunaan,
Insan tiada hala tujuan.
(Ulang)
Inilah suratan dunia akhir zaman,
Andai panduan yang dinuzulkan,
Dibelakangi dan diketepikan,
Fikirkan dan renungkan... (3x)

Suratan akhir zaman
Pengirim : Halaqah Maya
26/07/2012   ambil lirik   2245 klik