Istikharah

Situs: liriknasyid.com
Album: Khazanah Cinta
Munsyid: MESTICA
Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku
Pengirim : noorziela arifin
Sumber: http://mymestica.blogspot
19/10/2011   ambil lirik   4631 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Senandung Aidil Fitri Semerbak Aidil Fitri Joget Lebaran Minal 'aidin Wal Faizin Kerana Cinta