Pesanan

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Voice2meN Nasyeed
Munsyeed : Voice2meN Nasyeed
Lirik : Afiq Shukri V2men
Lagu : Afiq Shukri V2men

Satu kalimah,Satu lafaz syahadah.
Satu kiblatnya kita semua menyembah.
Satu rujukan hanya kkitab al-Quran.
Satu wawasan mencari keredhaan.

Aman makmur bumiku yang bertuah,
Tak mustahil hilang sekelip mata,
Jangan lupa kita semuanya khalifah,
Perjalanan jauh tak akan sudah.

Kini kian pudar seri,
Persaudaraan makin tersisih,
Sedih rimas rasa hati,
Iman remaja kian terkikis.

Sekeping hati bawalah,
Jangan dibiar dipengaruhi,
Solat yang lima jadi dindingnya,
Hanya pada-Mu kami berserah.

Dengar...dengarlah semua,
Moga terbuka hati yang alpa,
Lerai...laraikan sengketa,
Damaikan hati-hati yang lupa.

Sekeping hati bawalah,
Jangan dibiar dipengaruhi,
Solat yang lima jadi dindingnya,
Hanya pada-Mu kami berserah.

Satu harapan kita jadikan bangsa,
Satu minda kita bongkarkan rahsia,
Suatu di sana musuh bercita-cita,
Suatu masanya saat kita terleka.

http:/www.liriknasyid.com
Pengirim : Sahabat Muslimeen
22/08/2011   ambil lirik   4686 klik