Indahnya Bersama Islam

Situs: liriknasyid.com
Album: Indahnya Bersama Islam
Munsyid: Al Wadi
Dengarlah dengarlah semua
Oh simfoni hati yang dicoretkan
Dendangan buat teman-teman seperjuangan
Semoga terhibur hendaknya
Harmoni dan bahagia

Tidakkah kita rindu kedamaian
Sedamai pagi yang indah
Tidakkah kita rindu ketenangan
Setenang air di kali

Indahnya suasana hidup bersama Islam
Di akhirat pula dibalas syurga

Andainya dalam perjuangan
Onak ranjau duri yang ditempuhi
Hadapilah segala rintangan dengan sabar
Semoga diberkati Allah kemenangan atau syahid

Marilah kita hidupkan semula
Budaya perjuangan Islam
Bukankah ia penentu kejayaan
Mendapat redha Ilahi

Tibalah oh masanya untuk kita buktikan bersama
Budaya Islam penentu kejayaan

Yang sejagat membawa keamanan merata
Tanpa dasar diskriminasi atau kasta manusia

"Kita hidup untuk Islam, mati untuk Islam, kemenangan atau syahid".
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   5806 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Islam Is Our Choice Generasi Wawasan Hakikatnya Mencari Sinar The Greatest Ummah