Generasi Wawasan

Situs: liriknasyid.com
Album: Indahnya Bersama Islam
Munsyid: Al Wadi
Generasi wawasan...
Generasi wawasan...
Generasi wawasan...

Generasi yang beriman
Paksi kehidupan yang berpedoman
Melahir ketamadunan
Mencipta keagungan berzaman

Kita hidup di dunia
Harus sentiasa berwaspada
Dari kekosongan jiwa
Dari tipu daya Iblis yang durjana

Matlamat hidup di dunia
Mencari kedamaian sana
Akhirat negeri nan tercinta
Bahagia kekal selamanya

Nikmat dunia jangan melalaikan kita
Bersukaria biar ada hadnya
Pergaulan bebas pendedahan aurat
Bukan dari amalan Islam

Kemajuan kehidupan sama kita usaha
Tapi pembangunan insan perlu diutama
Kerana tiada ertilah tamadun yang megah
Tanpa adanya nilai murni Ummah

Kita generasi wawasan
Bina kegemilangan Ummah
Cara hidup Islam kita amalkan
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   6357 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Islam Is Our Choice Hakikatnya Indahnya Bersama Islam Mencari Sinar The Greatest Ummah