Syahdu

Situs: liriknasyid.com
Album: Halawatul Iman II
Munsyid: Far East
Oh Tuhan syahdu nian maya-Mu ini
Namun syahdu lagi cinta-Mu
kesyahduan-Mu tiada bisa terurai
Dek semua insan maya ini

Mataku melihat sang ombak
Menongkah buih di lautan
Lambaian nyiur selembut gemalai jejari
Bagai menggamit ku ke sana

Telinga ini mendengar
Bisikkan bayu kicauan burung
Desiran ombak menyentuh hati ku ini
Laranya hati mendambakan cinta-Mu

Oh Tuhan akan ku taazim kemuliaan-Mu
Akan kusemat keagungan-Mu
Agar terbuka segala pintu hati ini
Bersama belas hidayah-Mu
Pengirim : Ibnu Zuki
31/03/2011   ambil lirik   6473 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Sandaran Harapan Walid Lahad Melakar Cinta Di Pintu Syurga Melakar Cinta Di Pintu Syurga