Moh Kito Somaghakkan!

Situs: liriknasyid.com
Album: Terlerai Kabus Di Terbit Fajar
Munsyid: Nahwan Nur
"Apolah kono eh gek eh jalo den ni.
Kuyak sanun kuyak sinin"
"Hoi Leh, mike buat apa tu?"
"Takdo tongah bolo'an jalo ni ha.
Nak ko mano lak tu copek-copek ngat tu?"
"Kan kita ada keramaian kat dewan tu"
"Ha'ahlah, lupolah .Ha.. Yoh mohlah doreh! Sah den lupo eh"

Ayuh teman kita semarakkan
Semangat perjuangan cintakan Islam
Berlandaskan syariat suruhan Tuhan
Pasti dunia aman tenteram

Mari bersama kita leburkan
Karat mazmumah di dalam jiwa
Semaikan sifat berkasih mesra
Menjalin ukhuwah sesama manusia

Pengalaman lalu panduan berharga
Usah diulang kesilapan sama
Suruhan Rasul dijunjung sentiasa
Penerang jalan hidup di dunia

Cahaya Al-Quran penyubur jiwa
Dari hasutan fitnah dunia
Menjadi bekalan menongkah samudera
Lautan jahiliyah yang durjana

Semaikan kasih sayang
Kukuhkan keharmonian
Ukhuwah dan persaudaraan
Jalinan yang harus kita kekalkan

Sama kita bersama
Semarakkan rasa cinta Islam kita
Yang semakin pudar dimamah usia
Dan dosa yang bermaharajalela

Samo kito bersamo
Somaghakkan raso cinto Islam kito
Yang somakin pudar dimamah usio
Dan doso yang bomaharajolelo

"Hai, kok camnilah gek eh somuo, aman dunio!"

Lagu : Mohd Qhalid Abd Hafidz
Lirik : Norfizam Said
Vokalis : Mohd Qhalid Abd Hafidz, Nasation Abdullah, Ismail Samsuddin, & Nor Isamuddin Idris
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   4628 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Ya Rabbibil Mustafa Ceria Di Aidil Fitri Zikir 1 Mutiara Kasih Manis