Generasi Warisan

Situs: liriknasyid.com
Album: Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid: Nahwan Nur
Suasana indah telah bermula
Membawa berita gembira bersama
Ayuhlah generasi warisan bangsa
Kembalikan roh Islam di mayapada

Sekian lama impian membara
Menjulang tinggi panji Islam mulia
Wawasan Islam pegangan utama
Agar mulia ummah semua

Rasulullah ikutan paling sempurna
Penyuluh jiwa dalam kegelapan
Obor penerang jalan kebenaran
Dalam menuju keredhaan Tuhan

Mari bersama kita padukan
Usaha dan azam menuju perubahan
Menegak Islam dalam kehidupan
Itulah tanda satu kejayaan

Lagu: Mohd Qhalid Abd Hafiz
Lirik: Mohd Norfizam Said & Mohd Hisham Salleh
Solo: Mohd Qhalid Abd Hafiz
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   5899 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Ya Rabbibil Mustafa Ceria Di Aidil Fitri Zikir 1 Mutiara Kasih Manis