Cetuskan Kasih Sayang

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Nadamurni
marilah kita berkasih sayang
kerana ia fitrah semua manusia
jika tiada kasih sayang
jiwa derita tiada bahagia

mari cetuskan kasih sayang bersama
merendahkan diri sesama kita
bertolak ansur bertimbang rasa
rasa bersama dan bekerjasama

yang kaya kita memberilah
fakir miskin hendaklah dibela
fakir dan miskin juga redholah
jgn keluh kesah jgn meminta

maaf bermaafan mestilah ada
bertolak ansur jadikan budaya
bersatu padu semua perkara
mengekalkannya iman mesti dibaja

sesama kita jangan berkasta
kerana manusia itu sama
kejadian kita sama sahaja
jangan berbangga dengan kedudukan

suburkan kasih sayang sesama manusia
orang tua dan yang berpangkat dihormati
anak-anak dan golongan bawah dikasihi
dunia pasti aman dan harmoni 2x
01/09/2004   ambil lirik   6808 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Pengaduan Kepada Tuhan Inilah Dia Jalan Kita Buta Mata Harapan Pada Ayah Dan Ibu Ekonomi Islam