Ceria Di Aidil Fitri

Situs: liriknasyid.com
Album: Kombinasi 3 Generasi - Cahaya Hati
Munsyid: Mustica, Caliph & Nahwan Nur
Suara takbir menghias pagi hari
Lembut sayu menusuk di hati
Alunan merdu memuji-Mu Ilahi
Mengundang seri di Aidilftri

Tua dan muda
Tak kira usia bersalam-salaman
Miskin dan kaya
Tak kira rupa terjalin mesra
Sesama insan bermaafan

Hari mulia penuh bermakna
Ucapan selamat hari raya
Hari gembira penuh ceria
Lupakanlah segala sengketa

Aidilfitri hari yang mulia
Ucapan syukur kepada Yang Esa
Semoga terpancar berkatnya merata
Menyinari iman dan taqwa
Bersama bergembira menyambut hari raya
Ziarah-menziarahi rakan dan saudara
Ketika bergembira janganlah kita lupa
Insan tak berpunya ayah bonda
Bantui mereka

Lirik : Fauzanizam Badawi (Mustika Karya Entertainment) & Abd Halim Masnan ( Caliph Cipta Creative)
Lagu : Sharani (Warner Chappel)
Artis : Mustika, Caliph & Nahwan Nur
Sumber: lirik_nasyid_club@yahoogroups.com
01/09/2004   ambil lirik   3838 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Ya Rabbibil Mustafa Zikir 1