Indahnya Ciptaan Tuhan

Situs: liriknasyid.com
Album: Konsolidasi
Munsyid: Baitulitmain
Bunga suci menghiasi bumi
Diwarnai melodi kicau menyanyi
Irama sungai menambah seri
Ketenangan pagi mendamaikan hati

Ayam berkokok di pagi hari
Sinar sang suria mencerahkan bumi
Air yang tenang tidak terperi
Diceriakan rona-rona pelangi

Sedarlah saudara sekalian
Tidak terkira segala kurniaan
Di manakah letaknya kesyukuran
Jika kita lakukan kerosakan

Dengarlah saudara sekalian
Jika hari ini kita binasakan
Tiada apa lagi untuk diwariskan
Ciptaan Tuhan harus dikekalkan

Begitu indah ciptaan Tuhan
Bagai lautan tak bertepian
Warna-warni bintang berkilauan
Oh ciptaan-Nya tiada tandingan

Begitu indah ciptaan Tuhan
Luasnya permukaan lautan
Burung berterbangan di awangan
Tumbuhan menyubur di daratan

Oh indahnya ciptaan Tuhan
Jangan binasakan!
Pengirim : baitulitmain
Sumber: http://www.profile.friendster.com/baitulitmain
06/03/2010   ambil lirik   7824 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Pengorbanan Seorang Muazzin Puisi Kasih Buat Ibu Dia Rasulullah Pengorbanan Seorang Muazzin Dengarlah Luahan Ku Sayang