Dunia Yang Sepi

Situs: liriknasyid.com
Album: Pelita Hidup II
Munsyid: Hijjaz
Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

(Lirik lagu Hijjaz)
Pengirim : muhd naszmi
06/03/2010   ambil lirik   20921 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Selamat Pengantin Baru Rumahku Surgaku Rintihan Fata Morgana Rindu