Kepulangan

Situs: liriknasyid.com
Album: Untukmu
Munsyid: All For Ummah
Fikiran membayangi
Kenangan lalu bersama di sini
Kaurentasi liku-liku kehidupan
Sekalipun dilanda derita

Mendidik dengan sempurna
Kauharapkan kejayaan
Penat dan lelah kautempuh jua

Hati dan sabarmu aku langkahi
Tiada insafnya lagi
Tika kesenangan jatuh ke riba
Kata azimat kubiar
Sekadar menjadi halwa di telinga

Bagaikan burung pulang ke sarang
Kusedar diri ini insan yang derhaka
Menyemai kasih ibu tercinta
Menangis meratapi kedukaan
Jiwaku kini tandus kekeringan

Kini...
Aku layari titian kasihmu
Yang pastikan kekal abadi
Kusandar seribu keyakinan

Solo : Azalinoor
Lagu: Azalinoor
Lirik : Suffian Amrin
Hakcipta : All For Ummah
Pengirim : Asyraff Hafdzan
31/08/2004   ambil lirik   5574 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Intro Kau Bagai Cahaya Merdeka Satu Tiada Sinar Lagi