Selamanya

Situs: liriknasyid.com
Album: Kalimah Warisan
Munsyid: Are Buddy
Dunia umpama medan imtihan
Di akhirat menanti keputusan
Alam ketiga buat persinggahan
Sedarlah kalian akan tugasan

Hidup ini hanya seketika
Kalanya ria kalanya sengsara
Hendaklah berusaha bukannya berleka
Kernya nyawa hilang tanpa tanda

Bersedialah wahai manusia
Perpindahan alam bukan di tanya
Adakah masih cintakan dunia
Sedangkan di barzakh tidak berguna

Tidur itu mati sementara sahaja
Mati itu tidur selam-lamanya
Pesanan tuhanmu jangan di lupa
Setiap selainku akan binasa

Adakah diri telah bersedia
Hadapi bicara alam di sana
Beramal soleh kan ke syurga
Beramal toleh kan ke neraka

Bersedialah kita untuk menghadapinya
Bersedialah kita untuk menemui... DIA

Oh ingatlah wahai insan semua
Berwaspadalah jika di dunia
Bila izrail di depan mata
Maka taubat pun kan sia-sia...
Pengirim : ARE BUDDY ENTERPRISE SDN BHD
Sumber: http://ARE BUDDY ENTERPRISE SDN BHD
07/06/2009   ambil lirik   4039 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Budaya Islam Wawasan Ummah Takhta Bonda Lukisan Rindu Lapangan Perjuangan Muslimah Sejati