Cinta Ilmu
Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Baiduree
wait ...
Tuntutlah ilmu kerana Allah
Satu kewajipan setiap insan
Sudah tertera di dalam Quran
Hadis ditatang sunnah dijulang
Saidina Jibril turun ke bumi
Di Gua Hira' memeluk nabi
Bacalah dengan nama tuhanmu
Yang menjadikan diri kamu
Orang berilmubagai kasturi
Harumnya dapat kita nikmati
Pesan pendeta pada anaknya
Jadikan ilmu sebagai pelita
Tuntutlah ilmu kerana Allah
Satu kewajipan setiap insan
Sudah tertera di dalam Quran
Hadis ditatang sunnah dijulang
Seisi langit dan juga bumi
Antara keduanya menjadi saksi
Hidup berilmu dan diamalkan
Menjadi teman persemadian
Jangan berasa ujub dan riak
Kerana ia menhapus amalan
Janganlah pula sombong dan bongkak
Amalkan ilmu sebagai bekalan
Tuntutlah ilmu kerana Allah
Satu kewajipan setiap insan
Sudah tertera di dalam Quran
Hadis ditatang sunnah dijulang
Tuntutlah ilmu kerana Allah
Satu kewajipan setiap insan
Sudah tertera di dalam Quran
Hadis ditatang sunnah dijulang
Cintalah ilmu...
Cintalah ilmu...
Cintalah... ilmu...
Pengirim : Aku