Hanya Takdir

Situs: liriknasyid.com
Album: Allahu Rabbi
Munsyid: InTeam
Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Pengirim : Wafa' Lindo
Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=WYge2rmMT-Q
20/03/2009   ambil lirik   12735 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Eksplorasi Kemaafan Di Aidil Fitri Ayah Dan Ibu Putera Puteri(feat: Hisyam) Keluarga Penyayang