Keranamu Saudara

Situs: liriknasyid.com
Album: Melakar Cinta Di pintu Syurga
Munsyid: Brothers
halilintar menyambar menggoyang langit
bumi terbakar baranya menyala di hati
sewaktu mentari berteduh dikaki senja
dirimu tersungkur ke lembah malapetaka

hujan peluru masih belum berhenti
menyiat tubuh insan yang masih bernadi
mencaingkan keluarga pemisah ayahbonda
anak kecil bersusukan air mata

keranamu saudara
keperihatinan terpanggil
membeban di bahu resah
menjahit koyak baju kehidupanmu
keranamu saudara

keranamu saudara
alam sayu bersenandung duka
berjih wangian simpati
di pusara derita
keranamu saudara
keranamu saudara....
Pengirim : siti ain
03/08/2008   ambil lirik   7286 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Andai Kau Di Sini Epilog Seorang Hamba Sepi Perantau Kedamaian Doa Perpisahan