Umat Akhir Zaman

Situs: liriknasyid.com
Album: Maahad Pontian
Munsyid: Shoutul Islah
Terlihat aku pada ketika ini
Melihat umat islam tenggelam arus dosa
Sehingga kini iman tinggal sebutan
Umat akhir zaman terus terleka

Inilah fitrah di akhir zaman
Islam hanya tinggal sebutan
Iman itu menjadi simpanan
Nafsu dan iblis menjadi sultan
Semuanya kian dilupa ditinggal dan dibiar
Sunnah dan Al-quran dilupakan

Berbangga dengan apa yang ada
Dan terus bermegah-megah
Mengejar kekayaan dunia
Dan terus melupakan akhirat
Kemajuan menjadi tumpuan
Dan tiada rasa
Rasa bersyukur kepada Tuhan

Nafsu datang tanpa perjanjian
Datang dengan merosakkan insan
Merubah dan juga memusnahkan hidup insan

Ingatlah wahai insan yang bergelar manusia
Jangan terpedaya zaman jahiliyah
Ingatlah wahai insan
Syurga neraka
Itu tempat pembalasan
Yang sudah pasti disediakan
Untuk setiap insan

Inilah dia
Diakhir zaman
Berdoa kepada Tuhan
Biar tak tersalah haluan
Pengirim : Siti Khadijah
25/07/2008   ambil lirik   3917 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Semangat Perjuangan Pemuda Harapan Bangsa Iman Dan Taqwa