Rumahku Surgaku

Situs: liriknasyid.com
Album: Rindu
Munsyid: Hijjaz
Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibunya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik

Ibu bapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta taba?i
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah
Yang menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahgia
Dan berkasih sayang.

Sehingga lahirlah masyarakat
Penyayang dan negara makmur
Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumahtangga
01/09/2004   ambil lirik   10470 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Selamat Pengantin Baru Tanpa Agama Rintihan Fata Morgana Rindu