Perjuangan

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Inabah
Di suatu malam nan sunyi sepi
Terdengar suara merdu dan sayu
Menyebut-nyebut kalimah illahi
Allahu Akbar
Allah maha besar

Suara mereka mendayu-dayu
Memanggil nama Allah yang satu
Ku cuba dekati tetapi sukar rasanya
Kerana terhalang tipu daya dunia

Namun ku kuatkan semangat diri
Kepadamu illahi ingin ku hampiri
Ku ingin berdiri di bawah panji-panji
Kekasihmu Rasulullah di akhirat nanti

Tak pernah ku kenal kegagalan
Akan ku teruskan suatu perjuangan
Berbekal tekad untuk penuh kecekalan
Matlamat ku satu bersamamu tuhan
Pengirim : Ieegee
23/01/2008   ambil lirik   3478 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kealpaan Kegelapan Malam