Ilmu

Situs: liriknasyid.com
Album: Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid: Devotees
Ilmu bermanfaat benteng buat diri
Menjadi jurang yang berbeza
Antara bijaksanan dan kejahilan
Antara mulia dan kehinaan

Kau ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kau kepunyaan semua
Hadirmu adalah cahaya kepada manusia
Anugerah sang pencipta

Tanpa ilmu apa ada pada rupa
Tanpa ilmu apalah ertinya harta
Ilmu mentadbir diri sempurna
Masyarakat berilmu negara sentosa

Nasihat pada yang terlupa
Membantu menjadi insan berguna
Melenyapkan kemunduran juga
Menyapa pada kejayaan
Menjana pembangunan
Warnai kehidupan
Kebahagiaan..

Vokal dan harmoni: Devotees
Lagu/Lirik: Ahmad Shauqi Abu Kashim
Susunan Muzik: abdhalim (Neurotic Studio)
Gitar akustik: abdhalim (Neurotic Studio)
Penerbit: Abd Halim Bin Ahmad
Pengirim : Humaira
05/06/2007   ambil lirik   7713 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Message Undelivered Dalam Sujud Cintaku Setiap Kali Bukan Niatku Mencari Cinta