Dugaan Kasih

Situs: liriknasyid.com
Album: Erti Pengorbanan
Munsyid: Haikal
Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Lagu : Ali Hj Yassin
Lirik : Ali Hj Yassin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : Magic Eyes Production
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   12754 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Jauhnya Syurga Alunan Munajat Aspirasi Remaja Detiknya Kebenaran Epilog Silam