Aspirasi Remaja

Situs: liriknasyid.com
Album: Erti Pengorbanan
Munsyid: Haikal
Renungkan laut yang luas
Ombak yang membelah pantai
Ibarat gelombang hidup remaja
Menempuh cabaran dunia

Di waktu ia bergelora
Dipukul ribut yang melanda
Laksana nafsu yang ingin bertakhta
Dihasuti syaitan durjana

Di kala itu akan tiba sebuah bahtera
Menghulurkan tali Ilahi
Membantu insan yang alpa
Dari lemas dalam lautan dosa
Menuju ke jalan Yang Esa

Insaflah teman
Muhasabah amalan kita
Harga diri pada umat manusia
Nilai diri pada Pencipta

Janganlah leka
Dengan nikmat dunia yang sementara
Akhirat tempat tinggal yang abadi
Bersedialah untuk ke sana

Kumpulkan segala tenaga
Berjuang ke jalan Yang Esa
Berbakti untuk agama tercinta
Daulatkan Islam di mata dunia

Lagu : Khairuddin
Lirik : Khairuddin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   6512 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Jauhnya Syurga Alunan Munajat Detiknya Kebenaran Dugaan Kasih Epilog Silam