Alunan Munajat

Situs: liriknasyid.com
Album: Erti Pengorbanan
Munsyid: Haikal
Alunan munajat berkumandang
Menusuk persada jiwa
Bergemalah suara azan
Mendayu memuji Ilahi

Ke mana hilangnya kesedaran
Hilang taqwa runtuhnya iman
Jiwa dicemari kealpaan
Kegelapan menemani insan

Gemersik bak desiran ombak
Membelah badai menghempas pantai
Begitulah perjuangan ini
Perlu teguh iman dan ukhwah

Bagai abid perintis sayu
Merintih memohon restu
Pengharapan penuh syahdu
Di dalam alunan munajat

Istiqamah diperindahkan
Menegak syiar yang suci
Semoga bersinar kembali
Fajar gemilang di ufuk hati

Lagu : M. Fazli
Lirik : M. Fazli
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   7154 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Jauhnya Syurga Aspirasi Remaja Detiknya Kebenaran Dugaan Kasih Epilog Silam