Syiar Gemilang

Situs: liriknasyid.com
Album: Erti Pengorbanan
Munsyid: Haikal
Contohilah peribadi akhlak nabi junjungan
Beroleh mutiara tauladan
Yang penuh dengan karamah

Umpama lautan syurga abadi
Nikmat Allah pemberian hakiki
Pasrah dan redha kepada Ilahi
Iman ukuran yang sejati

Umpama dian membakar diri ini
Pengorbanan diri tidak terperi
Keutuhan taqwa terpaut di hati
Berjihad landasan yang suci

Budaya murni amalan terpuji
Syiar gemilang Islam dijulang
Terpancarlah kalimah Allah

Amar ma'ruf kita serlahkan
Dalam diri setiap insan
Ummah berhemah tinggi peribadi suci
Mengundang cahaya harmoni
Al-Quran dan Sunnah pegangan diri
Akhlak mulia iman terpuji

Marilah kita jalinkan
Ukhuwwah sesama insan
Harungi onak dan duri
Agar kasih kekal abadi

Lagu : Faizan Tajuid, M. Fazli & S.M Ibrahim
Lirik : Faizan Tajuid, M. Fazli & S.M Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   6986 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Jauhnya Syurga Aspirasi Remaja Detiknya Kebenaran Dugaan Kasih Epilog Silam