Dunia Baru

Situs: liriknasyid.com
Album: Dunia Baru
Munsyid: Mel
Bilakah dunia baru akan menjelma,
ia sudah lama diimpikan oleh manusia,
dunia yang diidam, diidamkan oleh semua bangsa,
semua bangsa idamkan keamanan menjelma.

kini dunia sudah kehilangan kasih sayang,
kasih sayang yang sudah lama gersang,
yang ada hidup sendiri,
sendirian wujud hasad dengki,
yang ada prejudis,
yang wujud perbalahan setiap hari.

dimana sahaja hidup kepura-puraan,
senyum di hadapan di belakang dibenci,
percaya mempercayai sudah hilang,
perkelahian,pergaduhan,
peperangan tidak kunjung padam.

yang miskin terbiar dan terbuang,
yang kaya bakhil,tamak dan sombong,
tipu menipu jadi budaya,
curi,rasuah,kidnap sering berlaku,
zina,liwat,lesbian,rogol lumrah terjadi,
krisis peperangan di mana-mana merata dunia,
kemana berada di dalam ketakutan,
kemana berada di dalam kebimbangan,

hati sentiasa tidak senang dan tidak tenang,
kebahagiaan sudah lama hilang dan gersang.
Pengirim : BATU GILING PRODUCTION
Sumber: http://mel.com.my
09/03/2007   ambil lirik   4238 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Huru Hara Kasih Sayang Menagih Kasih Kembalinya Pasti Ulama Ikutan