Inilah Dia Jalan Kita

Situs: liriknasyid.com
Album: Yang Dirindu
Munsyid: Nadamurni
Inilah dia jalan kita
Jalan kebenaran dan keselamatan
Jalan kemiskinan yang dihadapannya
Yang dihadapannya ada kekayaan
Jalan kesusahan yang dihadapannya
Yang dihadapannya ada kesenangan

Inilah dia jalan kita
Yang dilalui oleh para Rasul
Nabi-nabi dan para tabi'iin
Dan juga salafussoleh
Di atas jalan ini perlu banyak berkorban
Demi untuk agama Islam

Tapi awaslah dan ingatlah
Di dalam diri penuh dugaan
Nafsu dan syaitan sentiasa menghalang
Kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Bermujahadah dan istiqamah
Janganlah mudah menyerah kalah

Maka demi keselamatan
Kebahagiaan dan ketenangan
Ikutilah dan turutilah
Jejaki jalan ini
Hanya ini sahaja jalan kita
Ini satu-satunya jalan kita

Tegakkan Islam melalui jemaah
Supaya terbangun ummah
Kuatkan hubungan dengan Allah
Hubungan sesama manusia
Sucikan hati binalah peribadi
Inilah dia jalan kita
Pengirim : huyo
10/02/2007   ambil lirik   6947 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Buta Mata Pengaduan Kepada Tuhan Harapan Pada Ayah Dan Ibu Ekonomi Islam Hidupkan Ramadhan