Ilmu Amal Bakti

Situs: liriknasyid.com
Album: Sinar Kedamaian
Munsyid: Syifa
Susur sejarah pendeta
Saat bermula iqra yang dibaca
Tak terhina walau diri papa
Ilmu pengangkat darjatnya

Tidak lekang dek suria
Tidak kan pudar dimamah usia
Tak kan surut ilmu yang di timba
Luas lautan tiada tepinya

Bagaikan laluan ke syurga
Tiap langkah mu dalam redha
Walaupun ke hujung dunia
Burulah ilmu sebanyaknya

Namun tak berguna andainya ilmu tak kau amalkan
Ibarat pepohon merendang namun tak meneduhkan
Itulah antara bekal yang kan dibawa
Menuju ke alam baqa

Tidak lekang dek suria
Tidak kan pudar dimamah usia
Tak tertipu pesona dunia
Andainya ilmu penuh di dada

Cayaha ilmu berkelip bak bintang
Lahirkan insan yang pasti cemerlang
Tunggak Pembina tamadun Negara
Pengasas kemajuan bangsa

Tidak terbanding permata
Nilai harganya ilmu yang ditimba
Kemuliaan insan yang sejati
Dengan berilmu beramal berbakti.


LAGU: Manis Helma (Hijjaz Record Publishing)
LIRIK: Atie (Hijjaz Record Publishing)
MUZIK : Mohar
Pengirim : puteri
05/02/2007   ambil lirik   5514 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Sinar Kedamaian Generasi Hadhari Aku Milik Mu Isteriku