Air Mata Keinsafan

Situs: liriknasyid.com
Album: Jalan Sehala
Munsyid: Saujana
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Pengirim : Intan
Sumber: http://Album Jalan Sehala
23/11/2006   ambil lirik   16658 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Hadiah Buatmu Teman Hadiah Buatmu Teman Bebas Palestin Bulan Bintang Selamat Tinggal Ibuku