Semerbak Aidil Fitri

Situs: liriknasyid.com
Album: Lebaran Syawal
Munsyid: Hijjaz, Unic, Mestica, Ae-man, Suhaimi, Ina
Terdengar sayup beduk bergema
Memecah sunyi subuh yang ceria
Tiba masanya syawal pun menjelma
Syukur ke hadrat Allah yang Esa

Menjelang syawal semua gembira
Saling mengunjung sanak saudara
Ketupat rendang juadah utama
Beraneka kuih muih sama dirasa

Tua dan muda miskin dan kaya
Semua turut sama meraikannya
Saling bersalam dan bermaafan
Raikan bersama rakan dan taulan

Hari lebaran disambut meriah
Kudus dan tulus di dalam keampunan
Pulang perantau bersama harapan
Menyubur kasih di kampung halaman

Dalam bergembira
Jangan lupa yang tua
Berikan kasih hiburkan hatinya
Doakan mereka yang sudah tiada
Suburkan kasih walau terpisah lama

Di hari raya aidilfitri mulia
Sambut dengan rasa kesyukuran
Semarak ukhuwah merona ikatan kita
Semerbak agama yang jadi anutan...
Pengirim : marina mfc
01/11/2006   ambil lirik   5826 klik