Taubat

Situs: liriknasyid.com
Album: Keampunan
Munsyid: Firdaus
Biar selautan airmata
Membasuh keonaran
Tidak mampu
Untuk melenyapkan
Garisan dosa-dosa

Bisakah kau
Meloloskan diri
Dihambat keresahan
Sedangkan kau
Tak mampu lupakan
Segala kesilapan

Sesungguhnya
Apa yang kau cari
Sentiasa ada di sisimu
Namun mata hatimu kekaburan
Kerana diselubungi
Keegoan dirimu
Sedarlah...

C/o

Dialah tuhan Maha Pemurah
Semakin cuba merapatiNya
Semakin dekat Dia menghampirimu

Terimalah hakikat yang nyata
Kita adalah insan hambaNya
Kepada tuhan tempat berserah

Lagu :Adzuan
Lirik : Ito Lara
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   5497 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Saat Terindah Zikir Intisari Berserah Ibu