Rintihan Syahdu

Situs: liriknasyid.com
Album: Fikirkan
Munsyid: Feelheart
Terlukis kisah nan syahdu,
Di hatimu yang teramat pilu,
Jeritan mendayu dayu,
Terdengar pasti membisu.

Bukan sebarang jeritan,
Merintihi kasih yang telah pergi,
Pergi ke pangkuan Ilahi,
Dan tak mungkin akan kembali.

Marilah kita hulurkan,
Kasih mesra kita jalinkan,
Moga ada sinar bahagia,
Menjelma untuk kali kedua.

Bukalah pintu hatimu,
Memekarkan mawar nan layu,
Tiada berayah beribu,
Ditemani jeritan syahdu.

Bersama kita lenyapkan,
Jeritan yang kian berterusan,
Demi satu pemberian,
Berkekalan dalam ingatan.

Pengirim : Nazrul
17/05/2006   ambil lirik   4127 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Tepuk Amai-amai Fikirkan Hanyalah Ibu Oh Tuhan Persada Hidup