Ameen

Situs: liriknasyid.com
Album: Ameen
Munsyid: Raihan
Ameen
Ameen
Ameen Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau bersifat maha penyayang,
Dari engkau kesejahteraan,
Hidupkan kami dalam sejahtera.

Keimanan kepadaMu,
Membenarkan kitabMu,
Dan menurut sunnah NabiMu,
Kau pimpinlah aku.

Ku mengharap Kau menerimaku,
Dengan kemaafan,
Mengampuni dosa-dosaku,
Menerimaku ke syurgaMu.

Takkan mampu mentaatiMu,
Takkan kuat menjauhi laranganMu,
Melainkan segalanya,
Dengan izinMu.

Ya Allah cucurilah rahmat,
Kesejahteraan ke atas Muhammad,
Dan juga ke atas keluarganya,
Dan sahabat sahabatnya.
Pengirim : Nazrul
14/05/2006   ambil lirik   4803 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kehidupan Araftu Ka Wahai Saudara Balada Lili Raudah