Zahra'

Situs: liriknasyid.com
Album: Far East
Munsyid: Far East
Wanita kelahiran wahyu
Dari Ilahi
Sinar lembut wajahmu
penyeri alam ini
Engkaulah permata
Ibunda kami semua

Wafatnya Rasulullah
Pilu menyelubungi
Tabah menerimanya
Sehingga engkau kembali
Cahaya kau purnama
Menyinari makhluk dunia

Bersamamu kebenaran
Dihiasi kasih sayang
Tidak tergambar indah akhlakmu
Wangian syurga namamu
Kami seru tanda rindu
Engkau wanita ibu sejati

Contoh tauladan para mukminin
Muliamu disucikan Allah
Isteri Amirul Mukminin
Wajah yang dimuliakan Allah
Pemergian sukar diganti
Sirahmu terpahat di hati

Lagu & Lirik: Suhaimie
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD
Pengirim : Asyraff Hafdzan
01/09/2004   ambil lirik   16048 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Sandaran Harapan Lahad Walid Melakar Cinta Di Pintu Syurga Melakar Cinta Di Pintu Syurga