Sebuah Harapan

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Feel One
Mencari sinar harapan buat insan yang kegelapan,
menerangi jiwa yang gelita,
air mata yang bertaburan kerna indahnya kasih Tuhan tiada batasnya kepada hambaNYA.

Oh tuhan...
Kurniakanlah rahmatMU dan keampunanMU,
Jauhkanlah kami dari kemurkaanMU,
Semaikan ukhuwah dan hidup bersatu,
agar tercipta generasi membangun.

Indahnya...
Jalinan kemesraan sesama insani,
Membentuk masyarakat berakhlak berbudi,
Memimpin dan berjasa kepada agama,
Jua membina masyarakat yang murni.

Hakikatnya,
kita masih di dalam pencarian,
sebuah kehidupan yang penuh harapan,
tanpa ada kebencian yang bertangkai di jiwa,
terimalah segala takdir Tuhan...

Betapa harapan yang kita sentiasa impikan,
mungkin ada yang tidak akan kesampaian,
usahlah bergundah usahlah kecewa,
setiap kekurangan ada hikmahnya.
Pengirim : Sahinal Azral Sulaiman
27/03/2006   ambil lirik   4219 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Meratap Sinar