Bicara Rasa

Situs: liriknasyid.com
Album: Diari Rindu
Munsyid: Amar
Inilah bicara rasa
Buat penyempurna taklif
Ingat beringat teringat
Kunci puitis
Yang berlingkung
Di sudut kehidupan manusia
Sayang kasih rindu
Kata-kata indah
Fitrah keluhuran hati
Sematkanlah sebaiknya
Kau tak akan menyesal
Bermula sembilan bulan
Kejenuhan ibunda dan ramanda
Berkais demi sesuap kurnia
Mencetus kamilnya insan
Di dunia
Apakah suaka nan indah ini
Dapat menjadi majaz dan kinayah
Yang mampu mengubati kalaraan hati
Apa tergamakkah lentera
Yang dikiaskan itu dipersalahkan
Sedang kau dibatasi kekurangan
Maka letaklah sesuatu pada tempatnya
Seperti berpegang kepada tali yang satu
Seperti insan berpagi yang tidak akan kepapaan
Moga lahir tautan syahdu bak haruman setanggi
Di kala kekusutan
Pengirim : SITI MASTURA KAMAL
06/01/2006   ambil lirik   5631 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Nurul Iman Bersatu Hati Madah Pedoman Melodi Bersama Sahabat