Di Suatu Hari Raya

Situs: liriknasyid.com
Album: Nur Syawal
Munsyid: In-Team Dan Unic
raya mengingatkan kita
kepada fitrah yang muia
pada satu amanah dan janji Tuhan
pada hambaNya
jadi khalifah berbakti
memakmurkan mayapada ini
dengan hukum-hukum Tuhan
dan perintahNya untuk semua

allahu allahu allah
allahu akbar

sudahkah Tuhan dibesarkan
di dalam jiwa dan jua fikiran
pada lisan dan perbuatan
di dalam usaha dan gerak kerja

di suatu hari, di suatu hari raya
di ribuan hari sepanjang usia

di sini ujian bermula
untuk menjadi hamba yang setia
di sini sejarah bermula
untuk menjadi khalifah yang waja

apakah Tuhan telah dibesarkan
di setiap masa tempat dan suasana
apakah Tuhan telah dibesarkan
di setiap masa tempat dan suasana

di suatu hari, di suatu hari raya
di ribuan hari sepanjang usia

lagu: Putra Aiman
lirik: Pahrol Md. Juoi
penerbit: munif ahmad
hakcipta: Hijjaz records sdn. bhd
Pengirim : sumayyah_firstmartyr
10/10/2005   ambil lirik   10113 klik