Ajarkan Aku Tuhan

Situs: liriknasyid.com
Album: Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid: Mawaddah
Tuhan! Jika aku masih sujud pada-Mu
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkan-Mu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu

Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab
Tapi Engkau masih sudi menerima aku
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu
Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmat-Mu

Tuhan! Ajarkanlah aku bagaimana beradab dengan-Mu
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu
Aku takut setiap kali
Aku menyembah-Mu
Aku derhaka dengan-Mu
Tanpa disedari

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku, kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu Tuhan
Maafkanlah aku tidak pandai beradab
Begitulah hamba-Mu selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu
Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkan-Mu

Wahai Tuhanku! Ajarkanlah aku
Bagaiman beradab dalam sembahyang
Agar Kau tak putuskan hubungan dengan-Mu
Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku
Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk mengadap-Mu Tuhan
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkan-Mu
Pengirim : aliff
21/09/2005   ambil lirik   5906 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Baiknya Tuhan Rintihanku Nasib Bangsaku Hikmah Tsunami Ujian Penghapusan Dosa