Simfoni Hadhari

Situs: liriknasyid.com
Album: Satu Tekad
Munsyid: Unic
Terhias iman di dada insani
Pemimpin dan rakyat cintakan Illahi
Harmoninya bak melodi dan puisi
Akrab bagai kuku dan isi
Iman itu suria menyuluh di hati
Dan taqwa purnama menghiasi diri
Dengannya terselah adil dan amanah
Dlm diri yg memerintah
Bila ilmu dikuasai
Terhubunglah akal dan hati
Berstu dunia dan ukhrawi di dlm diri
Budi bahasa dibudayakan
Beza bangsa bukan ukuran
Tetapi ramuan sebuah keindahan
Alam menumpang berkatnya
Menjadi lestari indah
Tiada lagi kerakusan
Meragut keseimbangan
Musuh gentar utk mengganggu
kerna tenteranya berpadu
Mata dan hati waspada Damai terpelihara
Terhias taqwa di dada insani
Pemimpin dan rakyat cintakan Illahi
Harmoninya bak melodi dan puisi
Akrab bagai kuku dan isi
Iman itu suria menyuluh di minda
Dan taqwa purnama menghiasi jiwa
Dengannya rakyat akan bebas merdeka
Di fikiran dan jua tindakan
Alangkah indahnya dunia ini
Bagaikan simfoni yg dirindui
Alunan dari hati yg tulus suci
Inilah simfoni Hadhari
Pengirim : Nur Huda
21/04/2005   ambil lirik   13580 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kerana Ku Cinta Ku Berserah Senandung Aidil Fitri Semerbak Aidil Fitri Joget Lebaran