Wajib Kami Berdiri

Situs: liriknasyid.com
Album: Keinsafan
Munsyid: Suara Generasi
Kisah ini bermula
Di tanah Mekah mulia
Para muslimin pertama
Diseksa dan dihina
Merekalah perentas awal
Menjulang ad-din mulia
Dengan sabar dan taqwa
Menghadapinya segalanya
Turunlah wahyu Allah
Yang juga suatu perintah
Membenarkan Rasulullah
Berhijrah ke Madinah
Bermula suasana baru
Di situ mereka berpadu
Dengan golongan pembantu
Di bawah ad-din yang satu
Ukhuwah, persaudaraan
Juga pengorbanan
Kini bertautan mulai perjuangan
Penuh ketabahan
Banteras kemungkaran jahili
Sang waktu berlalu
Ummah menjadi buntu
Walau bilangan beribu
Tapi tak pernah berpadu
Luptnya iman di dada
Kejahilan melata
Gejala demi gejala
Dan fitnah di mana-mana
Wajib kami berdiri
Menyahut seruan Nabi
Menyeru semua insani
Mencari redha Ilahi
Dengan bekalan al-Quran
Dan Sunnah Rasul pilihan
Gigih kami berjuang
Ad-din Islamkan gemilang
Pengirim : NN
14/12/2021   ambil lirik   583 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Warisan Perjuangan Generasiku Insafilah Pemuda Islam Pesanan Buat Umat