Lembaran Juzuk Cinta

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Halim Ahmad & Furqan Fawwaz (Zayne)
Tuhan aku tak punya kudrat
Bila dia mendatangiku
Hanya padaMu kan kutambat
Pelihara hatiku

Bisikannya terus ke jantung
Seolah mengalir dalam darah
Kadang membuatku termenung
Kerana memikirkannya

Lembaran juzuk cinta
Di sebaliknya ada tersimpan sejuta rahsia
Sebuah kesucian tak tercemar noda
Bimbang aku akan tercoret warna dosa

Lembaran juzuk cinta
Sememangnya aku ingin terus menatapnya
Merasai setiap halaman cerita
Tapi maaf kerana ku belum bersedia

Lagu/Lirik : Halim Ahmad
Susunan Muzik : Halim Ahmad
Gitar & Bass : OJA
Mixing & Mastering : Felix Voon
Studio Rakaman : Neurotic Studio
Video & Suntingan : Halim Ahmad
Pengirim : Nour
24/06/2020   ambil lirik   875 klik